hidup
Kita dah pernah buat website tapi tak pernah berjaya buat duit dengan website tu? Dalam ni mungkin ada ubatnya.

Hidupkan balik website tu!

Banyak laman web yang dibina dibiarkan berkubur begitu sahaja. Ini kerana ianya tidak dibina dengan pelanggan di hati. Banyak ikut taste owner. Tak pun tiru website competitor.

Fuh. Macam ahli filsuf. Perkara macam ni sentiasa terjadi bukan?

Ramai yang mempunyai pengalaman seperti ini. 2-3 laman website dah dibina. Tapi hasilnya masih hambar. Tiada ada pun perubahan.

Semua pun dah letak. Lokasi siap dengan Google Map, Click to Waze, Buy Button. Macam Lazada! Tapi masih tiada pelanggan yang membeli.

Laman web kita umpama shop-lot kedai. Kalau buka kedai, tapi dalam kedai tu kosong, hanya ada botol minyak wangi ditengah-tengah kedai kosong, tak ada sesiapa pun yang tertarik mahu membeli? Ini shop-lot ke muzium?

Maksud saya bukan perlukan design yang fancy sampai meletup-letup. Ianya hanya perlu ada tawaran yang menarik dan kena di hati pelanggan anda.

Saya Ikhwan. Mempunyai 20 tahun pengalaman membina website. Tidak terkenal tetapi di percayai ramai. Macam Astro Awani, berita di percayai seluruh Malaysia.

Saya banyak membantu bisnes-bisnes kecil-besar dan juga beberapa para marketer yang mungkin anda ikut dan baca tulisan mereka.

Sekarang kita cerita macam mana nak buat website yang baik?

Seperti biasa, kita perlu kenal pasti siapa pelanggan kita.

Mengenal pelanggan adalah asas sesebuah bisnes. Ianya sangat penting untuk memastikan yang kita tak lari arah atau tajuk semasa membuat tawaran. Setiap pelanggan bagi bisnes adalah berbeza-beza.

Kita ambil contoh bisnes kosmetik.

Produk : Krim muka yang menyelesaikan masalah jerawat.
Harga Produk : RM 50
Pelanggan : Perempuan yang mempunyai masalah mengenai jerawat.

Secara asasnya sekarang kita ada sedikit informasi mengenai bisnes ini.

Dengan informasi yang kita ada, kita cipta satu layout dan tawaran untuk bisnes ini.

Berikut saya tunjuk satu rangka layout asas yang mungkin biasa kita lihat.

Nama Bisnes
Di letak atas sekali sebagai pembuka bicara. Supaya pelanggan tahu dengan siapa dia berurusan dengan.

Nama Produk dan Gambar
Pelanggan tahu dia sedang melihat info mengenai produk yang menarik hati.

Kelebihan Produk
Pelanggan terus disajikan dengan kelebihan produk. Ini akan membantu pelanggan membuat keputusan.

Testimoni Pengguna
Untuk meyakinkan pelanggan yang mereka sebenarnya di jalan yang benar.

Gambar Pengguna
Hasil gambar daripada pengunaan. Sebagai penutup bicara untuk kesangsian pelanggan.

Tawaran untuk produk
Mungkin kita ada buat tawaran untuk produk ini. Beli 1 Percuma 1. Beli sekarang dan dapatkan tisu muka percuma! Apa sahaja tawaran lain.

CTA Produk
Dah baca? Dah suka? Apa lagi klik dan beli!

Setelah di proses sebagai draft, kita dapat laman web yang lebih kurang rupanya begini.

Draft ini kemudiannya boleh ditambah baik dengan mengambil kira siapa pelanggan atau pengguna kita tadi. Pelanggan kita suka warna pink? Ha pinkkan aje.

Yang akhir sekali, iklan! iklan! iklan! iklankan.

Laman web yang kita buat tu bukanlah macam tahi anjing. Yang tiba-tiba sahaja orang lain boleh terpijak/terjumpa. Kita perlu berusaha iklankannya juga.

Boleh mula di wall facebook/twitter/instagram. Selepas itu mungkin boleh mula berjinak-jinak dengan mana-mana advertising platform.

Lepas tu kita lihat adakah mesin duit kita ni tadi berjaya dihidupkan semula!

Tapi.. website saya macam saranan ni la!

Ye ke? Nak saya bedah siasat? Nak saranan yang luar biasa?

Isi borang di bawah:

Lepas isi, tunggu email atau panggilan daripada saya!

Bawa manfaat sejagat

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email

iknisium prima

konten Bisnes premium

Sertai iknisium Prima secara percuma dan dapatkan tips-tips bisnes!