Nak buat website sendiri?

Memang lama dah berangan nak ada website sendiri. Lebih-lebih lagi kita tengok Lazada, Shopee. Atau kita lihat brand-brand lain atau kompetitor kita. Lagi terbakar. Jom kita tengok cara paling mudah nak dapatkan website.

 

Cara instant macam 3 in 1

Cara nak buat paling mudah dan murah? Guna je blogspot.com atau wordpress.com

Daftar dan mula menulis! Servis percuma yang banyak digunapakai oleh dropshipper dan review blogger. Cuma rupa bentuknya macam blog biasa. Tidak berapa menarik. Bolehlah kalau mahu mula.

Tapi.. tak cukup glamour la. Nak lagi menarik kena keluar sedikit modal. Baru nampak lebih professional dan ada ummph!

 

Resipi untuk buat website professional

Macam rancangan memasak, kita perlukan bahan-bahan berikut. Kita perlukan tiga benda.

1. Domain : .com atau .my yang kita mahu
2. Hosting : tapak untuk kita letak .com atau .my
3. Website Asas : sistem untuk kita guna dan bangunkan website tersebut.

 

Domain
Kos; RM20-RM200 setahun

Domain ialah nama perniagaan kita. Boleh letak nama apa sahaja yang kita suka. Harganya berbeza antara .com .my .asia .co. Pilihlah yang mana berkenan dihati.

Kita jual perfume? Kita boleh beli perfumepalingwangi.com
Nama bisnes kita Ali Maju Sdn Bhd? alimaju.my
Seluar dalam? seluarkecikselesa.com

Pilihlah, sesungguhnya pilih ditangan diri sendiri. Walaubagaimanapun jika nama tersebut telah berpunya, perlulah kita fikirkan nama lain.

Cara semak dan beli? Selalunya untuk domain Malaysia, Exabytes. Kalau domain international, godaddy. Exabytes boleh juga daftar domain .com. Apasalahnya sokong produk tempatan. Ikut pilihan hati.

Tempat mendapatkan domain;
Exabytes.com.my
Godaddy.com

 

Hosting
Kos: RM20-RM200 setahun

Hosting ada banyak. Makin mahal makin baik selalunya. Hosting ni tempat kita letak .com yang kita beli tadi. Anggap macam tapak rumah.

Secara teknikalnya hosting ialah tempat website kita bertapak. Umpama komputer yang dibuka 24jam dan mempunyai alamat internet global berbentuk nombor dalam format xxx.xxx.xxx.xxx. Domain kita tadi yang memudahcarakan pencarian alamat global bernombor tadi.

Hosting tempat kita simpan semua fail dan data kita. Jadi kalau selalu berubah-ubah tempat, selalu jugalah kita perlu upload dan backup kembali data tersebut.

Hosting ini boleh dibeli di exabytes itu sendiri ataupun mana-mana penyedia hosting yang menawarkan hosting. Google bersepah.

Tempat mendapatkan hosting:
Exabytes.com.my
Serverfreak.com

 

Website/Sistem Asas
Kos: Percuma-300

Anggap benda ni macam aplikasi yang kita guna untuk bina website. Macam aplikasi yang kita install di handphone.

Sistem yang paling popular ialah WordPress. Selalunya datang sekali dengan hosting kita. Ianya sangat mudah untuk digunakan. Kalau pandai guna Facebook, pandailah guna WordPress ni.

WordPress ni pula percuma. Lepas pasang dihosting kita, bolehlah mula godek-godek.

Kita mula dengan memilih Theme. Pilihlah yang rupanya seakan-akan website professional. Boleh pilih ikut pilihan hati.

Kalau pilih Theme macam Tadika, Tadikalah kita. Kalau macam blog, rupanya pun macam blog.

Ini penting supaya pelanggan tahu yang kita serius dalam perniagaan kita. Pilih yang sesuai dengan perniagaan.

 

Nak godek dulu tanpa pening kepala? Pergi je ke wordpress.com dan daftar.

Jalan shortcut?
Beli terus domain dan hosting wordpress dari exabytes. 3 in 1. Tinggal pilih design dan menulis je.

Terlalu teknikal?
Sebagai orang bisnes, lebih baik kita serahkan pada yang pakar dengan sedikit modal. Kita fokus masa dan usaha kita pada benda yang lebih memerlukan. Untuk bantuan membina laman web ini, klik sini.

Bawa manfaat sejagat!

Kongsikan artikel ini jika anda rasakan ianya bermanfaat kepada anda. Sebarkan ilmu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

cari nota?- dengan keazaman dan iman yang teguh (c) ikhwan hashim

iknisium prima

konten Bisnes premium

Sertai iknisium Prima secara percuma dan dapatkan tips-tips bisnes!