Elakan kesilapan ini semasa membina website bisnes kita!

Saya Ikhwan. Saya mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam pembinaan website. Nak kata hebat taklah. Cuba berbekalkan pengalaman-pengalaman ini, saya dapat simpulkan beberapa kesilapan yang sering berlaku semasa satu-satu bisnes itu cuba menjual di website.

Siapalah saya hanya manusia yang hina. Mari kita baca apa manusia ini nak sampaikan.

Berdasarkan pengalaman, ada beberapa yang sering saya jumpa.

 

 

Kesilapan 1 – Mengambil Jalan Mudah

Saya mahu website! Siapa boleh buat? Boom berdesup ramai yang PM tepi.

Memang ramai yang memberi servis membuat website. Ambil yang paling murah. RM300 sempena promosi boleh dapat percuma e-commerce cart.

Kita pun bayar developer tersebut, tunggu sehari atau seminggu, website siap, dah boleh tulis dalam bisnes card.

Tapi, apabila kita membayar developer RM300 untuk membina sebuah laman web, apa jenis servis yang kita dapat?

Macam, Chery vs Ferrari.

Dua dunia berbeza. Rupa, kelajuan, servis, design, after-sales, kepuasan.

Chery dibina dan didesign di China menggunakan bahan yang kita pun tidak pasti. Mahu cerita pun takut.

Ferrari ialah simbol kelajuan, kemewahan dan kekayaan. Ianya dibina di Italy dah telah bertapak dalam dunia perlumbaan sejak daripada tahun 1929. Melalui Scuderia Ferrari, mereka menimba pengalaman dalam mencipta kereta-kereta yang hebat-hebat.

Tidak adil pula bandingkan Ferarri dengan Chery. Jadi kita ambil kereta yang hampir sama saiznya. Tapi kualitinya berbeza. Myvi dan Golf.

Pemanduan yang dirasakan apabila menggunakan Myvi dan Golf sangat berbeza. Walaupun kedua-duanya merupakan sebuah kereta kecil dengan saiz enjin yang sama. Ini kerana mereka saling berbeza dari segi kualiti dan juga harga.

Bolehkan faham perumpamaan ini?

Yang membezakan harga website adalah pengalaman dan ilmu pembinanya. Dengan developer yang betul, niat dan cara yang betul, kita akan dapat hasil yang kita mahu, dengan harga yang berpatutan. Sesuai dengan servis dan kualiti.

 

 

Kesilapan 2 – Tiada perancangan rapi

Ketahuilah, bahawasanya membina website yang baik adalah satu proses. Ianya tidak boleh dibina secara “one-off” sahaja. Ianya perlu dibina secara perlahan-lahan dan mempunyai pelan tindakan yang baik.

Kebanyakan kesilapan ini berlaku akibat daripada keinginan yang membuak-buak ingin mengikuti perkembangan dunia ICT tanpa mengenalpasti apakah kegunaan laman web untuk bisnes. 

Jika kita sudahpun memiliki laman web, kita tahu keperitan mencari pelanggan melalui laman web tersebut? Mana pergi 7,017,846,922 pengguna Internet yang dikatakan tu?

Bukan semua orang pelanggan kita. Nak sampai kepada pelanggan kita masih lagi memerlukan marketing plan yang baik. 

Kalau tiada perancangan marketing untuk website tersebut. Tiada modal untuk marketing. Lebih baik duit yang bakal digunakan untuk membuat website tersebut digunakan di tempat lain.

Tapi kalau dah ada website, sekarang kita hanya perlukan plan yang baik untuk memasarkan website kita sebelum kita boleh buat duit.

Perancangan marketing yang baik boleh membantu kita mendapatkan pelanggan yang kita mahu dari berbillion pengguna internet tadi. Rancang pelan pembangunan laman web kita!

 

Kesilapan 3 – Tiada Tujuan

Website jenis ini sangat popular. Saya hendak bina website untuk memperkenalkan bisnes saya pada dunia!

Fuh! sungguh mulia niatnya. Mulalah membina dengan laman “About Us” “Where are we” “Our services” “Our products”. Tapi adakah ini tujuan asal kita membuat website?

Dah tentu tujuan asal kita adalah untuk membuat duit. Website yang dibuat dengan niat membuat duit lain daripada website yang biasa. Ianya selalu dilengkapi dengan pelan marketing dan flow asas untuk membawa pelanggan mengeluarkan duit dan membayar servis kita.

Kita bukan hanya mahu memperkenalkan produk atau servis kita. Kita mahukan website tersebut menjana jualan kita!

Dengan meletakan tujuanmembuat duit‘ tadi di hati, website perlu direka untuk memujuk pelanggan membeli dari saat pertama cahaya masuk kematanya.

Website tersebut hendaklah mempunyai headline yang baik. Konten yang memujuk dan gambar-gambar yang mengiurkan. Barulah orang berminat!

 

Kesilapan 4 – Tiada konten

Laman web yang tiada konten selalunya dibina hanya dengan konten yang minimal. Ianya seperti papan kenyataan yang tidak dibaca. Laman web yang dibina ini tidak dapat memberikan hasil yang memberangsangkan.

Konten yang dibina perlu membawa pelanggan untuk membeli produk kita. Dari halaman utama, ke laman produk, kepada membuat pembayaran.

Ianya perlu disusun dengan rapi bagi menarik minat pelanggan meneruskan pembelian.

Kita boleh menyusun konten berdasarkan apa yang pelanggan kita mahu. Jika kita tahu pelanggan kita mahukan produk kita atas sebab-sebab tertentu, sebarkan keberkesanannya.

Sebagai contoh, kita ambil daripada koleksi klien saya. Sebuah bisnes kecil-kecilan yang menjual produk pembersih muka. Website bisnes ini dibina dengan pelanggan dihati.

Sebaik sahaja pelanggan masuk ke laman web, dia dihidangkan dengan headline, Kekal Bersih, Tiada Lagi Jerawat dan Segar Sepanjang Masa. Headline tersebut di ikuti dengan testimoni-testimoni pengguna yang bersetuju dengan healine tersebut. 

Seterusnya website disusun dengan cerita tentang kebaikan dan keberkesanan produk. Hujungnya di akhiri dengan butang membuat pembelian yang terus kepada pembayaran.

Di akhir penjualan, dengan modal marketing yang kecil, bisnes tersebut berjaya mendapat pulangan 20x ganda dalam masa kempen dijalankan.

Boleh bayangkan? Semua ini dibina dengan pelan marketing diminda dan mempunyai sains disebalik kenapa website tersebut dibina sedemikian.

Sekarang, apa konten bisnes kita dan apa pelan marketing kita untuk website nanti?

Moga nota ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam pencarian dan juga pembinaan website. Jika berminat untuk mendapatkan servis lanjut daripada iknisium, klik disini.

Membuat website adalah satu seni. Ramai boleh buat, tetapi yang ahli hanya segelintir.

Bawa manfaat sejagat!

Kongsikan artikel ini jika anda rasakan ianya bermanfaat kepada anda. Sebarkan ilmu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

cari nota?- dengan keazaman dan iman yang teguh (c) ikhwan hashim

iknisium prima

konten Bisnes premium

Sertai iknisium Prima secara percuma dan dapatkan tips-tips bisnes!