iknisium kini di Telegram. Cari iknisium di Telegram atau klik link ini! [email protected]

3 case study - Kenapa Website Mesin Duit!

Berminat nak buat website? Nak cuba berjinak-jinak dengan dunia online?

Memang ramai yang bercita-cita untuk membina bisnes online dengan mempunyai website tersendiri. Tapi selalunya dengan hanya membina website tanpa mempunyai apa-apa plan.

Plan itu penting. Kita mungkin mempunyai visi dan idea bagaimana rupa website yang kita mahu, selalunya menggunakan kompetitor sebagai kayu pengukur.

Lepas tu, kita ambil mudah, dengan cara mengambil developer atau designer yang menawarkan harga paling murah untuk mendapatkan website kita tadi. Hasilnya, sampai sekarang kita masih lagi menunggu.

Saya Ikhwan. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam membina website. Macam orang lama. Tapi sentiasa mengikut peredaran masanya.

Saya masih ingat zaman saya bina website menggunakan Flash. Berdezup sana sini animasinya. Tapi sekarang bukan itu yang orang cari.

Sudah cerita dahulu. Sekarang zaman maklumat. Orang suka mendapatkan maklumat melalui internet. Tidak kira apa sekalipun, ramai menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang apa yang diingini.

Cara mereka mendapatkan maklumat ini juga berubah-rubah mengikut zaman dan masa. Ianya sama seperti cara saya membuat laman web.

Berubah-rubah. Dari satu laman web kepada satu yang lain. Ianya berbeza. Jika kita bina laman web yang berlainan tapi menggunakan satu acuan yang sama, ianya mungkin tidak sesuai dengan pengguna kita.

Setiap apa yang saya bina, berbeza. Semuanya bergantung kepada keperluan pelanggan dan kehendak bisnes. Misinya sama, rupanya berbeza.

Resepi yang sama mungkin tidak boleh membuahkan hasil yang sama seperti yang kita harapkan. Kita bukan buat biskut nak ikut resipi.

Dalam membina website, banyak hasil yang saya dapat lihat. Ada yang baik. Ada juga yang kelaut. Semuanya bergantung kepada plan dan strategi sesebuah perniagaan tadi.

Mahu lihat beberapa contoh yang saya katakan tadi? Teruskan membaca…

Case Study 1 : BB menjana RM1.5 ribu sehari pada awal pembukaan laman web.

Ini cerita mengenai salah satu jenama butik baju perempuan.

Butik ini mempunyai 12 cawangan seluruh negara. Ianya telah berkembang pesat dan mula berjinak dengan menjual melalui website. Website dibina dengan rapi dan mudah supaya pelanggannya dapat melihat dan merasai pengalaman yang sama seperti mereka di butik sendiri.

Setelah beberapa ketika beroperasi secara offline dan online, butik ini telah menutup semua cawangan kedai kecuali satu dan mengfokus terus penjualannya hanya melalui website.
(Kesimpulan ini telah dibuat setelah meneliti yang sebenarnya cawangan-cawangan tidak membantu langsung dalam sales butik.)

Setelah penutupan butik-butiknya, sales mereka tetap sama dengan penumpuan yang lebih kepada online. Dalam masa yang sama, overhead mereka dapat dikurangkan.

Antara plan yang dibina untuk laman ini ialah:

  • Website dibina supaya fokus diberi kepada produk dan pengunaannya.
  • Website juga dibina supaya ianya sentiasa memberikan harga-harga yang menarik minat pelanggan.
  • Iklan dipasang dan dihantar ke page yang dibina khas untuk menyambut pelanggan.
  • Website dibina sebagai pemujuk hati pelanggan supaya terus menekan button beli tanpa was-was.

Pada masa ini, butik tersebut menjana sales dengan average 5 ribu sehari, 20 ribu pada hari-hari tertentu, melalui laman web sahaja.

Buat website bukan sebarangan buat sahaja. Kadang ada sebab musababnya kita perlu buat. Macam mana pula kalau kita dah letih layan pelanggan WhatsApp?

Case Study 2 : BOB dari zero to hero!

Ini pula cerita tentang sebuah kedai yang menjual pakaian. Kedai ini asalnya hanya beroperasi melalui WhatsApp. Setelah bertahun menjual menggunakan hanya WhatsApp, pemilik berminat untuk mencuba menambahbaik sistem bisnes dengan website.

Pemilik kemudiannya mencari seorang developer untuk membantu membina website tersebut. Katanya harganya berpatutan.

Ta da! Website siap! Fancy. Kalau compare dengan Lazatla. Pinang dibelah dua.

Setelah seberapa purnama, sales website masih lagi tidak dapat melawan sales melalui WhatsApp. Nak jadikan cerita, kurang RM100 sehari. Kenapa jadi begini pula?

Setelah dibedah siasat, didapati pelanggan banyak hilang di page utama. Dan kalau ada berminat mahu beli pun banyak yang lari di Shopping Cart. Tak checkout. Traffic juga sendu untuk kos iklan yang dikeluarkan. Ada juga beberapa masalah lagi.

Dalam kegelapan malam, pemilik berjumpa bertemu dengan seorang yang bercahaya. Setelah berbincang, pemilik kemudiannya mengambil keputusan untuk memperbaiki website tersebut.

  • Antara plan yang telah ditambahbaik dalam website ialah:
  • Menambah baik sistem bayar atas talian
  • Mempermudahkan antaramuka pelanggan membeli
  • Memperbaiki gambar-gambar didalam website
  • Menambah baik promosi iklan
  • Memperbaiki antaramuka muka hadapan supaya mesra pengguna
  • Senang mata memandang

Dalam masa 5 hari hasilnya seperti berikut.

RM5000. Itupun terpaksa stopkan iklan sebab stock habis. Rezeki.

Menarik bukan? Dengan cara dan gaya yang betul, banyak perkara kita boleh tambah baik, buang kurang dan perbaiki untuk mendapatkan hasil yang kita mahu. Kena tahu tujuan dan kenal isi hati pelanggan. Tak perlu bomoh.

Untuk yang seterusnya, kita lihat website yang dibina untuk bisnes jenis servis.

Case Study 3 : Industri to Industri

Sebuah industri besar dengan klientele international. Selalu keluar negara. Banyak meeting adhoc yang tidak diatur. Menghabiskan banyak wang untuk menyediakan pusat pameran setiap kali ke luar negara. Berurusan di negara-negara yang tidak membenarkan akses Google. Dan ada beberapa lagi maklumat mengenai industry ini.

Setelah dikaji bersama, bisnes bersetuju untuk membuat website yang menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapinya.

Antara plan yang telah diatur untuk website bisnes ini ialah:

  • Satu sistem menyambut pertanyaan pelanggan
  • Website yang bercerita tentang servis dari A sampai Z
  • Antaramuka yang menjual diri sendiri
    Website boleh digunakan sebagai ‘kaunter informasi’
  • Kemudahan untuk menggunakan website sebagai alat penyampai

Setelah selesai, website mendapat sambutan daripada para penjual servis yang digaji industri. Ianya memberikan kemudahan untuk mereka menjual servis dimana jua mereka berada.

Industri juga berjaya menjimatkan kos semasa mengadakan pameran dengan hanya membina kiosk-kiosk yang dapat mengambil data pelanggan.

Pelanggan-pelanggan dan bakal pelanggan disimpan didalam satu sistem yang boleh digunakan oleh staff untuk terus berhubung antara satu sama lain tanpa mengira sempadan akses.

Website dibina untuk memberikan kemudahan kepada bisnes. Bukan menambah perit kos penyelenggaraan tahunan. Ianya perlu memberi manfaat kepada bisnes untuk menyampaikan maklumat kepada pelanggan.

Bukan ilusi tapi realiti

Semua bisnes-bisnes ini adalah contoh bisnes betul yang sedang beroperasi di Malaysia. Mungkin kita boleh cerita lebih lanjut secara mendalam sambil pekena secawan kopi. atau dua.

Ketiga tiga website ini dibina dengan cara tersendiri. Masing-masing ada lubuknya. Masing-masing ada gayanya. Rupanya tidak sama, cara navigasinya juga tidak sama. Ia ada imej dan identitinya tersendiri.

Begitulah sedikit sebanyak cerita daripada pengalaman saya membina website. Boleh nampakkan kenapa website ni mesin duit?

Berapa agaknya kos nak buat website dengan iknisium?

Banyak web designer dan developer di luar sana yang ada pakej. Tapi semuanya cookie cutter. Macam nak buat biskut bentuk beruang. Semuanya rupa lebih kurang sama tanpa mengambil kira fungsi dan keperluan pelanggan atau pengguna.

Website ni tiada tag harga. Boleh jadi RM500 boleh jadi RM1000. Boleh juga jadi RM beribu ribu lemon.

Buat website bukan sembarangan buat sahaja. Perlu ada plan. Strategi. Berapa jangkamasa. Budget. Bukan semua bisnes perlu buat website. Jika tidak perlu, kita akan tahu.

Lagipun benda ni boleh bawa bincang.

Cerita untung setinggi langit pun tak guna kalau takda action.

Nak duduk tempat sama lagi ke? Berminat nak tahu lebih lanjut?

Mahu bina website secara penuh dengan plan strategi dan taktikal?

Sorry, buat masa ini, masa saya sangat terhad. Tapi saya baik hati.

Jadi sempena ada masa yang terluang, saya buka promosi.

1. Ketahui tahap bisnes anda. Adakah anda perlu website?
2. Kebaikan website untuk bisnes anda (jika ada).
3. Sembang bagaimana website boleh bantu bisnes.
4. Roadmap bisnes untuk website
5. Kenal Ikhwan yang mesra alam ini dengan lebih dekat.

Borang ada dibawah. Boleh jemput isi atau terus WhatsApp!

Promosi Masa Terhad

Days
Hours
Minutes
Seconds

Konsultasi Bina Website Secara Online ataupun Offline!

Percuma konsultasi untuk membina atau bedah siasat laman web sedia ada!

tahap bisnes

Ketahui tahap bisnes anda. Adakah anda perlu website?

baik/buruk

Kebaikan atau keburukan jika anda memiliki laman web

roadmap

Pelan taktikal dan strategi untuk website bisnes anda!

ujikaji

Ujikaji laman web sedia ada atau pada kompetitor anda supaya tambahbaik.

proses

Bina proses untuk bisnes anda mula melangkah ke alam website.

suaikenal

Kenali dan sembang-sembang bersama saya untuk maklumat lanjut

Nak dapatkan tawaran ini? Mudah je. Isi borang dibawah!

Atau tak mahu tangguh-tangguh lagi! Terus tekan butang dibawah untuk WhatsApp!

iknisium kini di Telegram. Cari iknisium di Telegram atau klik link ini! [email protected]

Bawa manfaat sejagat!

Kongsikan artikel ini jika anda rasakan ianya bermanfaat kepada anda. Sebarkan ilmu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

cari nota?- dengan keazaman dan iman yang teguh (c) ikhwan hashim

iknisium prima

konten Bisnes premium

Sertai iknisium Prima secara percuma dan dapatkan tips-tips bisnes!